Oct 29, 2012

25 Oct - Happy 1st Birthday Adik!

        Last Thursday was my baby 1st birthday. X celebrate pn sbb the whole day dlm kete otw blk ke Gua Musang untuk sambut Raya Haji bersama keluarga mertua. Cerita pasal blk kg ni, we spent 12 hours journey Bangi to Gua Musang. Pecah rekod dunia hahaha :D... All this while usually the journey will take only 5 or 6 hours, ni dh double. Parah sungguh!

        Ok back to our topic, my baby is now 1 year old. Cepat sungguh masa berlalu. Adik x boleh berjalan lg, berdiri sendiri pn x berapa kuat. Actually aku agak risau with her progress. Berat baru 6.7kg, even org ingat baby aku baru 6/7 bln or premature baby :( but actually she's not. Adik dilahirkan cukup bln but born with 2.1kg only. Adik kerap batuk, selsema. Ni pun baru baik drp demam, batuk selsema masih ade lg. This year je dh dua kali adik admitted sbb bronkitis. Aku redha dengan dugaan yg Tuhan beri kepada keluarga kami dan aku percaya ade hikmah disebalik semua ini.

        Aku nk flash back saat2 kelahiran Siti Nur Halfatihah setahun yg lepas. Aku dijangka bersalin 3 Nov 2011. 24 Oct aku ader regular check up kt Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Dat time dh masuk mggu ke 37. Anak 1st & 2nd bersalin kt situ sbb dh biase ngan Dr Kamariah (aku pggl Dr Kay je..). Dr Kay marah bile lihat berat aku & baby yg statik xnaik2.Siap tanye aku mkn ubat ke x. Vitamin & kalsium x penah aku miss. Dalam hati terdetik kalo berat x naik2 means dh nak bersalin bile2 mase. Next appointment is 29 Oct & kalo x bersalin gak kena wat ECG mase next appointment tu.

        Lps blk drp chek up kami makan KFC dulu kt Wangsa Maju sblm blk ke umah. Otw blk tu aku sakit perut. Selang beberapa minit rase sakit. Hubby tanye nak patah blk klinik x tapi aku kate x perlu. Smpi umah je aku buang air. Fuhhh...false alarm ghupernye.

        The next day kol 5 pg aku bangun nak minum susu. Hubby gerak ke Kelantan pg tu nk amik Ma & Abah sbb nk wat kenduri doa selamat sempena naik umah baru. Actually aku x sedap hati bile Hubby nk tinggalkan aku sorg & anak2 time aku tgh tunggu mase ni tapi sedapkan hati mgkn xde ape2 kot. Mase tgh mandi tu tiba-tiba baby mengeras & sakit perut tapi rase sakit yg halus je.Selang beberapa minit sakit lg. Makin lame makin kerap. Aku amik masa yang lama utk call Hubby yg dah gerak blk ke Kelantan. Nk call takut kena marah. Aku mundar mandir dalam bilik air x tentu arah pikir cara terbaik untuk melawan rasa sakit & nk letak mane Abg dan Kakak. Dua-dua tengah syok tgk tv kt tingkat bawah. Lastly aku decided untuk call Hubby & pergi Hospital Pakar An-nur sorang diri. Hubby mase tu dh otw kt Bentong. Anak-anak aku letak kat nursery. Abg menangis nk ikut tapi aku pujuk cara baik supaya Abg faham keadaan aku.

        Dalam keadaan aku yg x tentu arah mase tu, aku gagahkan diri gak utk drive ke hospital. Aku dapat rasenya contraction yg makin kerap. Tangan kanan pegang stereng, tangan kiri pegang perut. Aku anta anak2 ke nursery dulu then terus ke Annur. Sampai di Annur, aku puas cari parking tapi xde yg kosong. Last2 parking di depan Bangi Kopitiam. Ya Allah, hanya Tuhan je la yang tahu bertapa seksanya aku nak menapak ke Annur mase tu. Aku dapat rasekan baby leh kuar anytime je. Tiba kt kaunter pendaftaran, aku bgtau nurse yang aku dh nk bersalin. Aku nak jumpa Dr Fatimah. Since aku x bwk buku rekod ibu mengandung, aku diasak dgn soalan  yang bertubi-tubi; mane buku merah, suami mane, dtg dgn sape. Puas aku explain tapi mereka tetap x terima alasan aku. Kate mereka rekod aku xde kt situ. Dalam keadaan darurat cam tu mane la aku ingat nk bwk buku merah tu. Awal2 pregnancy je aku check up kt Annur, bulan2 seterusnya aku check kt Naluri sbb x tahan dengan charges yg mahal. Aku merayu sbb x tahan sgt boleh meneran bila2 mase. Nurse yg in-charge tepon ambulans utk refer kes aku ni ke Hosp Serdang. Nurse yg lain plak bwk aku ke emergency room utk check bukaan. Nurse kate kena bawa ke labour room cepat sbb dh nmpk kepala baby. Dr Fatimah ader procedure pg tu so Dr Khamsiah je yg ade. Aku dibawa ke labour room dgn wheel chair. Setelah Dr Kham smpi, aku rase nk meneran. Tiba2 air ketuban pecah. Tak smpi beberapa minit, dengan sekali teran baby kuar dengan mudahnya & tanpa kena jahitan. Hubby x sempat nak tgk saat2 aku melahirkan Adik. Mase aku tepon bgtau aku dh bersalin, Hubby br je smpi tmpt parking.

        Alhamdulilah Tuhan permudahkan urusan kelahiran ini. Berkali2 aku mengucapkan terima kasih kpd Dr Kham kerana dengan kehadirannya, aku dpt bersalin di labour room tanpa apa2 komplikasi. Alhamdulilah baby Siti lahir dengan berat 2.1kg, pukul 9.56pg, 25 Oct 2011 pada usia kandungan 37 mggu. You are so special Adik in our family...Allahu Akbar!

Oct 19, 2012

Resipi Talam Tokyo

Kuih talam yang aku buat ni untuk setengah adunan 6'x6'

Lapisan Bawah

7oz sagu biji putih
1/3 biji kelapa putih
0.5oz santan dan garam secubit

Cara-caranya:
Sagu dibasuh, ditoskan dan dicampur dengan kelapa parut
Permukaan loyang disapukan dengan sedikit minyak
Kukus dipanaskan seketika
Adunan sagu dimasukkan ke dalam loyang dan diratakan
Kukus sehingga sagu masak dan kembang

Lapisan Tengah

1 1/2 biji telur (putih+kuning)
2oz gula pasir
6oz santan
1oz tepung gandum
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
Telur dan gula dikacau rata
Campurkan tepung
Masukkan santan dan pewarna kuning
Tapis dahulu
Masak sekejap dalam periuk sehingga naik wap (p/s jangan sampai jadi pekat)
Carik-carikkan lapisan bawah (tujuan untuk melekatkan lapisan bawah & tengah
Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak

Lapisan Atas

1 1/2 biji telur (putih+kuning)
6oz santan
2oz gula melaka yang telah dihancurkan
1oz tepung gandum
Sedikit pewarna coklat & rose

Cara-caranya:
Telur dan gula melaka dikacau rata
Campurkan tepung
Masukkan santan dan pewarna coklat & rose
Tapis dahulu
Masak sekejap dalam periuk sehingga naik wap (p/s jangan sampai jadi pekat)
Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak

Selepas siap, biarkan ia sejuk seketika sebelum dipotong & dihidangkan kepada tetamu.


SELAMAT MENCUBA!





Oct 17, 2012

Checklist Kemasukan Murid Tahun 1 Negeri Selangor

Bila anak dah masuk 5 tahun, as parents kite kena alert dengan tarikh pemohonon, pendaftaran, pengesahan, keputusan, rayuan untuk kemasukan ke tahun 1. Aku dh list down kan masa yg korg kena alert.

1) Pemohonan

Selalunya pemohonan dibuka drp 1 Mac - 30 April. Please take note permohonan kemasukan murid tahun 1 bg negeri Selangor hanya boleh dilakukan secara online. X guna pergi sendiri kt sekolah untuk wat permohonan, diorg akan suh apply online jugak. Klik kt link bwh and add as favourite utk memudahkan capaian di kemudian hari :)..boleh refer Tatacara dan Panduan Permohanan ketika mengisi borang.

http://apps.moe.gov.my/esppsel/


First of all korg kena klik kt Permohonan On-Line dan isi lah form tu. Then isi lah sekali sekolah mane yg korg nk masukkan. Make sure name sekolah yg dipohon tu same ngan sekolah yg korg gi utk wat pengesahan. Sbb ade kes yg daftar sekolah lain tapi pengesahan kt sekolah lain, last2 bile tau keputusan jabatan pelajaran letak name anak kt sekolah lain..adehhh x ke haru dibuatnye :S

2) Perakuan

Perakuan hendaklah dibuat di sekolah yg dipohon 14 hari selepas pendaftaran. Kena print out slip pemohonan & senarai semak. Jangan lupa bawa bersama surat beranak anak yg asal. Jangan risau bile check online tarikh Perakuan x kuar sbb diorg bagi priority anak2 yg 6 thn dahulu. Cam kes aku, Mac tahun 2011 lg aku dh daftar, tapi this year baru kuar tarikh tu :)



3) Keputusan

Bln Julai korg kena alert sbb selalunye keputusan penempatan murid tahun 1 akan kuar. This year suppose 16 Julai tapi bile check2 x kuar gak result. Sehari dua tiga kali aku check online siap call Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Hehehe mak yg terlebih eksaited xsabar tunggu result. Fyi, seblm result kuar ni, anak aku kena sit for an exam. Since sekolah yg aku apply for my son is Sekolah Berprestasi Tinggi and furthermore kitorg dok di luar kwsn Seksyen 3, so kena la sit for exam. Yg apply ramai, so diorg kena pilih best among the best. I tell you this is the stressed moment for both of us...the exam that determine future of our kids :(...not only paper exam but also interview session with teachers as well. Alhamdulilah... he did it well!

4) Pengesahan

Bile dh tau keputusan, jangan terlebih eksaited smpi lupe nk wat pengesahan kt sekolah you korg apply (usually in August). Click at right icon Sekolah Ditempatkan tu and print out the result. Bwk ke sekolah together with original birth cert.

Kalo kes rayuan, not sure what is the process. Do refer to Jabatan Pelajaran Negeri Selangor for clarification :)

== Updated ==



Good day, peeps!