Oct 19, 2012

Resipi Talam Tokyo

Kuih talam yang aku buat ni untuk setengah adunan 6'x6'

Lapisan Bawah

7oz sagu biji putih
1/3 biji kelapa putih
0.5oz santan dan garam secubit

Cara-caranya:
Sagu dibasuh, ditoskan dan dicampur dengan kelapa parut
Permukaan loyang disapukan dengan sedikit minyak
Kukus dipanaskan seketika
Adunan sagu dimasukkan ke dalam loyang dan diratakan
Kukus sehingga sagu masak dan kembang

Lapisan Tengah

1 1/2 biji telur (putih+kuning)
2oz gula pasir
6oz santan
1oz tepung gandum
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
Telur dan gula dikacau rata
Campurkan tepung
Masukkan santan dan pewarna kuning
Tapis dahulu
Masak sekejap dalam periuk sehingga naik wap (p/s jangan sampai jadi pekat)
Carik-carikkan lapisan bawah (tujuan untuk melekatkan lapisan bawah & tengah
Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak

Lapisan Atas

1 1/2 biji telur (putih+kuning)
6oz santan
2oz gula melaka yang telah dihancurkan
1oz tepung gandum
Sedikit pewarna coklat & rose

Cara-caranya:
Telur dan gula melaka dikacau rata
Campurkan tepung
Masukkan santan dan pewarna coklat & rose
Tapis dahulu
Masak sekejap dalam periuk sehingga naik wap (p/s jangan sampai jadi pekat)
Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak

Selepas siap, biarkan ia sejuk seketika sebelum dipotong & dihidangkan kepada tetamu.


SELAMAT MENCUBA!





No comments:

Post a Comment